Klik 2 kali pada ikon Virtualbox untuk memulakan operasi.
Apabila anda telah berjaya membuat "Virtual Hard Disk" setiap kali anda memulakan program Virtualbox anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah.
Klik "Setting" dan menu "Setting" akan dipaparkan.
1. Klik pada "Storage" dan pastikan anda mempunyai gambaran seperti di atas. "IDE Controller" dan di bawahnya ada 2 item, iaitu "beini 1.2.2.vdi" "Virtual Hard Disk" yang di buat pada tutorial pertama dan "Empty" iaitu simbol bagi Virtual CD. Jika tidak terdapat icon CD "Empty" sila klik "Menu CD" seperti gambar di atas.
Kemudian anda akan dipaparkan dengan dialog seperti di atas. Terus klik pada "Choose disk" dan satu lagi kotak akan dipaparkan.
Jika and dapati di bawah "IDE Controller" ada icon CD "Empty" sila ikut langkah seperti gambar dibawah.
Sama sahaja langkahnya tapi menu yang berlainan perlu di klik.
Apa yang anda perlu buat di sini ialah, sila cari fail Beini 1.2.2.zip yang anda telah muat turun terdahulu. Fail yang anda muat turun itu dalam format zip jadi anda perlu "extract" terlebih dahulu fail tersebut sehingga anda mendapat fail Beini 1.2.2.iso menggunakan software winzip atau winrar atau sebarang software yang anda biasa gunakan.
Pilih fail Beini 1.2.2.iso tersebut dan 2 kali klik atau klik "Open".
Anda akan mendapati paparan Vrtualbox anda seperti gambar di bawah.
Di sini anda boleh klik "Ok" dan cuba mulakan boot Beini dengan klik pada butang "Start". Lihat sama ada anda berjaya boot atau tidak. Jika tidak berjaya sila semak semula langkah yang terdahulu dan pastikan anda tidak tertinggal sebarang langkah penting.
Anda juga boleh meneruskan langkah 2 di bawah.
2. Klik pada menu "Network" dan pergi ke tab "Adapter 2" dan ikut langkah seperti di dalam gambar di bawah dan klik "Ok" apabila selesai.
3. Seterusnya pergi pula ke USB, dan ikut seperti gambar di bawah apabila selesai klik "Ok".
Tahniah, anda telah selesai menetapkan Virtualbox anda untuk boot Beini 1.2.2.
Sekali lagi pilih Beini 1.2.2 dan klik butang "Start". Pada langkah ini sila pastikan HIGH POWER Dual Antenna USB Adapter anda dapat di kesan oleh Virtualbox.
Jika anda tidak berjaya, sila ulang sekali lagi langkah-langkah di atas.
Tutorial berikutnya akan menunjukan bagaimana untuk mendapatkan WiFi password untuk WEP.










knapa dia cakap "NO wireless Card Found".. huhu. dah check kat network settiing kat virtual , sama je.. huhu please help.
ReplyDeleteaku dah agak dah..."no wireless card found" ini pnye masalah semua forum aku dh masuk...ajar tk habis...dah kena tipu...kehkehkeh :(
ReplyDeletesorry bro....:)
driver kat windows tak install lagi tu kot....cuba cari virtualbox usb dekat device manager
ReplyDeleteaku punya wireless card pun not found . dah try add kat usb , tapi tak dpat cari 802.11 wlan tu . macam mana nak cari ? . kalau bro punya ralink kan ?> . <
ReplyDeleteMenda sama jugak...wireless card not found...padahal dah pakai netbook yang ada wifi and siap pakai external usb wifi agi..x lepas jugak..please help...tq
ReplyDeletepon same gakk
ReplyDeletekorang nampak kan icon usb kecik kat tepi bawah sebelah kanan tue... right click dan click device mana korang nak konet...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete