Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk memasang Virtualbox dan setup beini 1.2.2 pada komputer anda.
Langkah pertama sebelum memulakan proses pemasangan, pastikan anda telah memuat turun terlebih dahulu versi terkini Virtualbox dan juga Beini 1.2.2. Anda boleh juga download Virtualbox dan Beini 1.2.2 di sini.
Setelah selesai memuat turun program tersebut sila ikut langkah-langkah berikut :
1. Mulakan proses pemasangna Virtualbox dengan 2 kali klik pada icon Virtualbox yang telah siap dimuaturun.
Sila ikut langkah-langkah pemasangan dengan mengikut arahan yang diberikan dengan klik pada butang "Next" dan seterusnya sehingga selesai.
2. Setelah proses pemasangan Virtualbox selsesai, sekarang anda perlu membuat "Virtual Harddisk" untuk Beini 1.2.2.
2.1. Mulakan proses membuat "Virtual Harddisk" dengan melancarkan program VirtualBox dengan 2 kali klik pada icon Virtualbox.
2.2 Sekarang kilk pada menu New dan 1 kotak dialog baru akan muncul, ikut arahan yang diberikan untuk membuat "Virtual Hardisk".
2.3 Isikan maklumat yang berkenaan seperti di dalam gambar di bawah :
2.4 Kemudian kilk "Next", menu seterusnya ini membolehkan anda menetapkan jumlah amaun memori (RAM) yang boleh digunakan oleh "Virtual Machine" anda, sila ikut seperti yang dicadangkan dan klik "Next".
2.5 Menu seterusnya sila ikut seberti gambar di bawah.
2.6 Tick pada "Create new hard disk" dan klik Next. Kotak dialog baru akan muncul seperti gambar di bawah.
2.7 Klik "Next". Tanda pada "Fixed-size storage" dan klik "Next".
2.8 Tetapkan saiz "Virtual Hard Disk" yang anda ingin kan, saiz sekurangnya hendaklah 1GB dan ke atas.
Klik "Next"
2.9 Summary atau ringkasan akan dipaparkan dan klik "Finish".
2.10 Virtualbox sedang membuat "Virtual Hard Disk" and untuk Beini.
2.11 Setelah selesai sekali lagi klik "Finish".
Kini anda telah selesai membuat "Virtual Hard Disk" untuk Beini. Tutorial berikutnya akan menunjukan anda bagaimana untuk menetapkan supaya anda boleh boot Beini di dalam persekitaran Virtual.













No comments:
Post a Comment