Di dalam tutorial ini akan menujukkan anda bagaimana anda boleh mendapatkan WiFi password yang menggunakan enkripsi WEP. Sila ikut tip-tip dan langkah-langkah berikut.
1. Pada gambar di bawah sila pilih dan kilk pada icon botol susu dan klik "YES", kemudian pilih wireless card anda, pastikan wireless card tersebut ialah Ralink 802.11n WLAN seperti yang tertera di bawah sebelah kanan tab Virtualbox anda. Sila rujuk pada gambar.
Kemudian kilk "Next".
2. Pada screen ini pula anda cuma perlu klik "Scan" dan semua Access Point (AP) yang berjaya dikesan akan muncul pada tab di sebelah bawah. Tunggu sehingga proses scan selesai dan semua AP yang mempunyai enkripsi WEP akan muncul di tab sebelah atas. (Tukar "Scanning time" jika perlu)
Jika terdapat banyak AP yang berjaya dikesan pilih 1 yang difikirkan sesuai untuk tujuan mendapatkan password dan klik butang "Next".
3. Pada screen ini pula klik pada "Advance mode" . Lihat gambar di bawah.
dan klik pada butang "Capture" dan sebuah dialog akan muncul. lihat gambar.
4. Apabila anda klik butang "Capture" dialog "Airodump-ng" muncul. Dialog "Airodump-ng" bertujuan untuk mengumpulkan data bagi tujuan memecahkan password WEP sesebuah AP. Apabila data yang telah dikumpul mencukupi, tekan butang "Start Crack" dan tekan "RUN".
5. Proses memecahkan password bermula, dialog "Aircrack-ng" akan memproses data yang dikumpul bagi mendapatkan password WEP AP tersebut. Jika gagal "Aircrack-ng" akan memaparkan mesej "Failed. Next try with X0000 IVs".
Manakala jika berjaya memecahkan password WEP AP, gambar seperti di bawah akan dipaparkan.
Perhatikan nilai "Data" dan "Elapsed" pada gambar di atas, dalam kes ini hanya mengambil masa 25 minit sahaja untuk mendapatkan password WEP. Ini kerana "Client" yang bersambung dengan AP begitu aktif menghantar dan menerima data. Jadi nilai "Data" bergrak dengan bergitu pantas. Dalam masa 25 minit sahaja telah mengumpulkan sebanyak 74732 data.
"Aircrack-ng" akan memaparkan password WEP AP dalam bentuk Hexadecimal dan juga ASCII. Sila salin dan simpan untuk kegunaan masa akan datang.
Jika anda menggunakan password dalam bentuk Hexadecimal sila tinggalkan titik dua bertindih (:) hanya masukkan angka dan huruf sahaja apabila ingin bersambung ke AP tersebut di dalam komputer windows anda.
Antara contoh gambar password WEP yang berjaya dipecahkan.









No comments:
Post a Comment